CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Saturday 4 August 2012

perasaan apa ni..?

tak tahu bagaimana nak mulakan cerita. satu perasaan yg wujud dlam hati selepas subuh tadi membuat aku terpinga-pinga..perasaan dlam hati bercampur baur. sedih, sebak..rasa seakan-akan air mata mahu sepuas-puasnya dilepaskan..Ya Allah, andainya ini hidayah dariMu, aku bersyukur Ya Allah...teramat bersyukur atas hidayah ini..


Seperti biasa, bila smpai waktunya, aku bergegas trun ke bwah menuju ke kereta untuk melangkahkan kaki, menunaikan tanggungjwab sebagai seorang pendidik. saat aku langkahkan kaki menuruni anak-anak tangga di asrama, tiba-tiba pendengaran ini terpaut pada satu suara yang terlalu merdu..langkah seakan terhenti. kaki berat melangkah. perlahan lahan aku teruskan langkah.. namun, pendengaran ku masih tetap pada alunan suara merdu itu.. SUBHANALLAH... Merdunya alunan selawat dari arah masjid itu Ya Allah...

dari lunak suara itulah yg merubah perasaan dlm hati ini.. tak pernah lagi aku terpaut pada sesuatu sperti itu.. nikmatnya pemebrian ini Ya Allah..

kalau sebelum ini, tudung itu hanya keperluan pergi ke class..tudung itu hanya untuk perkara keagamaan.. rasa nk pakai, baru pakai.. rambut di dedah sesuka hati, jadi tatapan manusia bukan muhrim.. selamba tiada rasa.. namun, ALHAMDULILLAH..Keinsafan itu datang sendiri.. aku terfikir satu ketika dulu, smpai bila harus begitu? menjadi tatapan umum khususnya kaum Adam.. pujian diterima buat aku bangga.. "cantiknya rambut.." Namun, selepas satu perasaan itu wujud, pujian itu buat aku seakan panas.. bila ada pujian tentang aurat, aku tersentak..sentap hati ini... rasa macam nak maki saja mulut2 itu walaupun kata2 itu pujian sebenarnya.. tpi, aku tak perlu pujian seperti itu!

Baru semalam aku keluar, berpakaian seperti biasa, tiada tudung dikepala... malamnya, sedang berkemas pakaian yg tak berlipat, tergenggam sehelai tudung hitam ditangan.. aku tenung tudung itu.. esoknya, aku keluar lagi..kali ini aku nekad.. takkan ada lagi rambut untuk tatapan umum..

sehingga kini, ALHAMDULILLAH masih bertudung.. sedikit demi sedikit aku harus ubah.. masih bnyk lagi kekurangan diri ini.. Jahilnya aku dulu, takkan aku heret bersama mnjalani kehidupan sekarang.. aku blajar agama, aku tahu hukum agama..tapi, kenapa tak dipegang? ASTAGHFIRULLAHALZIIM..



Ya Allah, kau hidupkan aku dngan imam, maka, matikanlah aku juga dalam iman dan tempatkanlah aku di syurga bersama sama iman... :')

0 comments: