CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Sunday 2 September 2012

bila rusa masuk kampung..?

aku dapat idea n ilham utk buat entry ni selepas menonton satu cerita di layar media ^_^
tentang? kebebasan remaja memacu kehancuran bangsa :) (haambekk..cm tajuk pidato)

bukan pertama kali aku berdepan dgn masalah mcm ni. walaupun dah banyak kali nmpak kawan2 yg berubabah scara drastik bile nmpak dunia, jujur, aku masih merasa gerun. takut melihat perubahan mereka. mengapa begitu mudah, mereka lupa diri? lupakah mereka pada ibu bapa dikampung, yg sedang berhempas pulas tulang empat kerat semata mata untuk menyara hidup si anak lupa diri ni. masyarakat kerap kali menyalahkan rakan sebaya, ibu bapa tiap kali masalah seperti ini dibincangkan..

kenapa ibu bapa?
terlalu mengongkong anak2. tidak boleh keluar ke sana sini.. tak boleh itu. tak boleh ini. semuanya diatur dan ditentukan. jadi, bila si anak ini keluar dr kongkongan ibu bapa misalnya sambung belajar di mana mana IPT, mereka merasa satu kebebasan apabila jauh dri ibu bapa. dari situ, mula lah mereka cuba satu demi satu perkara yg slama ini tak pernah mereka lihat. langkah semakin hari semakin luas. semeter demi semeter, sehasta demi sehasta, sehingga terjebak dengan masalah sosial. kemudian, rakan sebaya pula disalahkan..

kenapa rakan sebaya?
"eh..jom la ikut aku kluar dgan lelaki ni.."
"alaa....x sporting laa kau ni."
"rilex la... ni la idup anak muda"
ajakan dr mereka2 yg sudah lali dengan kebebasan. mungkin juga mereka antara mangsa "kejutan budaya". keberanian untuk mengikut jejak kawan, membuatkan mereka alpa. dari situ, mula la kenal abang tu la..abang ni laa... (yes..i'm focusing to th girls)
"eh..abang ni ade kereta..ade duit...senang kau nanti nk paw dia..kalau nk g mana2 senang dy nk bawa.."
hati pun terdetik..."betul jugak tu....nk g shopping pape, ade org bayar...eh..besst laaa!!"
materialistik merajai dirinya. makin lupa diri. makin seronok dgn dunia bebas ni..pesan dan nasihat kawan lain, xmakan dah.. takde lagi org yg layak bagi nasihat . kenapa? sbb dia rase dirinya sudah begitu betul.

aku sebenarnya hanya menyokong kurang 20% tentang penyalahan terhadap ibu bapa dan rakan sebaya bila kes "kejutan budaya" begini. kerana aku punya pendapat tersendiri.

ibu bapa mengongkong kerana terlalu sayangkan anak anak. mengapa dengan bodohnya anak anak melupakan pengorbanan dan usaha ibu bapa yg cuba melindungi anak anaknya? bukan setakat lupa dan x nampak kasih sayang ibu bapa, malah dilabel kolot pulak. eh.. awak tu yg kolot sebab terperanjat dengan budaya orang.

kawan2 tu disalahkan? eh..salahkan diri sendiri dulu. siapa yg suruh salah pilih kawan? awak ada akal kan? boleh beza baik buruk kan? eh..eh...dah xboleh kot.. sbb mati hati pun dh buta rasanya. kalau x..mesti awak boleh nmpak, kawan ni sosial life dy truk, xboleh nk rapat2 sgt..kang dia heret sama...tpi, sbb bodoh sekali lagi, awak rase mereka la kawan terbaik sbb dh kenalkan dunia kat awak tu.. ish..ish...

pada aku, sepatutnya, diri sendiri yg paling utama perlu disalahkan. kalau mak ayah tak kongkong, tpi kau pilih untuk tak terjebak dgn kebebasan yg memusnahkan tu, kau still terjaga. kalau mak ayah kongkong gila babi punya, tp kau still nak bebas2, nak enjoy2, nk have fun dgn masalah sosial yg tak terbendung tu, kau tetap akan terjebak.. pasal kawan.. kalau kawan kau menghasut kau macam setan bertubi tubi punya hasut, tpi kalau kau tetap pendirian tak nak terjebak dgn masalh sosial, kau still akan terjaga, body kau mungkin still terpelihara.

bukan nk kata apa.. aku pun tahu aku tak sebaik mana. tapi sekurang kurangnya, aku masih pandai jaga diri kat tempat org. walaupun jauh dgn mak ayah, aku still ingat pesan2 dorang. sepanjang aku kat terengganu ni, xpernah la aku nk lepak2 ngn lelaki..tak pernah la aku keluar berdua duan ngn lelaki. aku bukan kolot. tapi aku takut. yes.. aku memang penakut sbb aku sendiri yg menakutkan diri aku. aku lagi bebas bila aku kat Johor. tpi sebebas bebas aku. aku still ingat batas batas.

aku slalu fikir, kalau aku liar kat terengganu ni, pape jadi nanti, x ke susah mak ayah aku kat Johor tu? kalau la aku kena tangkap ngn polis ke apa ke...dy call mak ayah aku yg jauh kat sana sedangkan aku kat sini, ha?? cmne?? eiish... nauzubillah... minta dijauhkan la sangat sangat.

utk anda anda yg mungkin dah tersasar, ingat laa....sanggup ke kau nk hancurkan hati mak ayah kau yg dh besarkan kau, didik kau..? kau duk beriya in love ngn lelaki tu ni, buatnya apa2 jadi (kau tau kot ape dy) time tu lau kau nk menyesal, xde guna dah cik kak oi.. kau menangis laa airmata darah. n mungkin, kawan2 kau pun da xnk amik tau pasal kau sbb time dorang bagi nasihat, kau wat cm siot....

fikir fikirkanlaaaaa yeee.... aku cuma doakan kawan2 aku yg dah tersasar n lupa diri tu, akan dpat hidayah dr Allah..harap2 korang tersedar la awal awal.. :) jangan dah terhantuk baru nk tergadah.
xperlu kau kejar dan banggakan harta dan kekayaan lelaki tu, dia belum tentu menjadi hak kamu. daripada kau sibukkan harta dia, lebaih baik, kau pergi sibukkan diri cari harta sendiri.

0 comments: