CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Monday 17 September 2012

hadiah paling berharga (^_^)

Assalamualaikum wbt

Sepanjang tempoh praktikal dan bergelar seorang guru, terlalu banyak kenangan yg terlukis menjadi kan aku sebagai seorang hamba yg mengerti akan indahnya bergelar pendidik. bagiku, setiap yg berlaku mempunyai nilainya tersendiri yg pastinya berharga buat aku jadikan sbg pengajaran dan pengalaman. sekali lagi, hari ini, aku nukil kan satu lagi perkongsian tentang indahnya, manisnya menjadi guru.

Beberapa hari menanda kertas peperiksaan para pelajar tahun 3 Shafie, membuatkan aku stress, kecewa, ada juga yg buat aku ketawa. bermacam2 jawapan diberikan. sepanjang menanda kertas itu, hati aku berdebar2, tertanya tanya... berapa ramai pulak la yg failed kali ni..? ramai ke yg dapat A?

Kenapa aku risau?
sebab AMANAH. Masih terngiang ngiang ditelinga ini..kata kata guru besar dalam mesyuarat guru yg lepas.
"Awak kena pastikan result 3 shafie ni kekal mcm ni sebab ini kelas harapan. dlm mase 3 bulan, cikgu mampu menentukan pencapaian mereka sama ada semakin baik atau semakin teruk."
Aku cuma mengangguk kepala saat itu. dalam hati... terasa dicabar. Dalam mesyuarat itu, aku dimaklumkan bahawa 5 orang pelajar A dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah.

OTI 4 yg lalu, aku dah buktikan dgn 11 orang berjaya mendapat keputusan A utk paper English. tapi, terselit sedikit kekecewaan apabila seorang pelajar gagal. Menurut guru pembimbing, pelajar itu memang kerap gagal, harus diberi perhatian lebih.

sejak itu, aku berikan lebih perhatian kepada Syahir (pelajar gagal)..tak pernah tidak aku lupa memberikan soalan kepadanya. sehingga ade yg berbunyi, "teacher, Syahir sokmo teacher tanya."
beberapa hari sebelum OTI 5, tak jemu aku mengingatkannya..
"Syahir jgan gagal lagi ye.."
"Syahir, please do a lot of revision.."
"Syahir tolong focus pada ini..ini...itu..."
Dia mengangguk seperti biasa. Markah yg lepas cuma 36.. dapat 40 utk OTI 5 pun jadilah harapku.

Selesai menanda..aku jumlahkan semua markah, kertas satu + kertas 2.
Syukur Ya Allah.. ALHAMDULILLAH....
kertas pertama yg aku jumlahkan, kertas Syahir.. aku kira, semak berulang kali. air mata kegembiraan melonjak2 mahu keluar. Syahir, tahniah! terima kasih untuk peningkatan markah awak. teacher harap 40 je..tapi syahir dah bagi teacher 63!!! Ya Allah...indahnya hadiah ini...
satu hal lagi yg buat hati ini berbunga bunga..anak-anak dah buktikan mereka mampu. markah terendah pun 50 dan paling tinggi 96.. Syukur Ya Allah...

Hari ni, beberapa orang pelajar datang dan bertanya tentang markah mereka. aku janjikan kejutan. jadi..aku tipu. "Sedih teacher..20 orang GAGAL. Takde sorang pun dapat A..smpai hati buat teacher macam ni.."
daripada riak muka yg excited nk tahu markah, terus berubah air muka mereka. mungkin terkejut dgn kata kata ku..tak pe.har khamis..ade something utk 3Shafie.

Terima Kasih 3 Shafie. Ini hadiah untuk teacher sebelum teacher habis mengajar kat SK Manir.


0 comments: