CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Thursday 20 September 2012

Part 1 : my last day at SK Manir :(


Rasanya macam baru semalam aku update entry first day kat SK Manir . Hari ni, dgn kegagahan dan ketabahan hati aku nak update pasal last day. ok. mula rase sebak. baru intro je ni..

sampai sekolah seperti biasa.. aku disambut dgn senyuman manis dr anak-anak murid. dlam hati terasa sebak kerana aku tahu, suasana ini yg akan aku rindu. Aku cuba untuk tidak melihatkan diri pada anak2 murid..takut sebak! tpi, apakan daya. masa rehat, aku dikejar dan dipeluk erat oleh anak-anak itu. sedihnya dalam hati hanya tuhan yg mngerti.

"teacher... lupa nk bawa hadiah teacher.."
"teacher...jangan laa g.. ajar la kite lagi.."
"xseronok la teacher xde.."

Ya Allah...berderai air mata. xsangka, kehadiranku juga memberi makna buat mereka. Aku cuba kuatkan hati.. duduk diam dalm bilik guru.. mata tak henti memerhatikan jam menanti waktu terakhir untuk masuk ke kelas 3 Shafie.

*
*
*
loceng berbunyi menandakan tepat jam 12. aku langkahkan kaki naik ke kelas itu. masa tu, ada kak nazma dgn ustaz din dalam class. tpi, mereka dah memanggil2 nama ku. "teacher...jangan pergi teacher..."
aku pekakkan telinga walau hakikatnye aku terlalu sedih.  baru nak langkahkan kaki ke dalam kelas, beberapa pelajar perempuan memelukku dgn begitu erat..

"teacher..janganlah g..kalau teacher g, kite xmboh belajo!"
"kite xnak dtg skolah la teacher dh xde.."
"teacher...teacher...."

terkaku aku dipintu itu.. "dah2! duduk tempat masing..Assalamualaikum.."
salamku dijawab dgn begitu semangat. itulah jawapan salam yg paling kuat dan bersemangat yg mereka berikan. xpernah sebegitu pun sebelum ini. memang sepanjang berada dalam class itu aku berasa sebak..habis memberi salam, Tengku pelajar ptama yg bagi stu beg kecik ade car perfume.. waahhh tharu..budak paling bising ni bg adiah kat teacher..hehe...yg lain pun ble nmpak je Tengku bg hadiah, berebut2 bgi juga..thanks a lot syg for the presents.
*
*
*
*
aku mengarahkan beberapa org pelajar utk susun kek dan beberapa makanan ringan lain diatas meja..selesai menyusun atur semuanya, aku arahkan mereka dduk ditempat masing. aku nak sampaikan kata kata terakhir..
actually ni kek pandan kosong je..but then, i decorated it by MYSELF okayy...hihi

"ok...hari ni hari last teacher jumpa awak.."  duuuuusssssshhhh airmata dengan pantasnya mengalir. aku palingkan muka. mengesat air mata..namun, xmampu aku bendung.
"teacher..janganla nangis..tengok muka kita..."
"ui..diamlaa..teacher nangis" marah kawan sekelas yg bising..
dengan tangisan yg paling jujur, aku gagahkan juga memberikan kata kata terakhir..
"teacher happy dpt ajar awak smua..terima kasih sebb bg kjasama kat teacher..belajar rajin2..jgan gagal dlm pekse..." ayat pendek je..tp nak habiskannye tu ade la dekat 5 minit....bnyak tersekat2 dek air mata..aku nmpak, ade beberapa pelajar yg menangis...

mereka makan apa yg aku sediakan. walaupun serba kekurangan, aku lihat kegembiraan. Alhamdulillah. namun, terpandang aku pada seorang pelajar perempuan, Hannan. wajahnya muram. duduk diam dikerusinya saat rakan lain sibuk makan dan menikmati jamuan akhir itu. aku dekatinya.
"Hannan, kenapa x makan? xsedap ke apa teacher bawa ni.." dia menggelengkan kepala. matanya bergelinang dek air mata.aku usap belakngnya. aku ambil kek dan hulur padanya. dicubit sedikit shj kek itu.
"sikitnya..ambil la smua..".. "xnak."
mungkin dia sedih. xmahu menerima kenyataan aku akan pergi. beberapa kali aku lihat dia keluar dr kelas dan termenung di kaki lima. aku juga mengalirkan air mata melihatnya begitu..
Hanan...paling sedih sekali dia... :(

setengah jam terakhir, aku ambil gambar bersama anak2 kesayangan ini.. Ya Allah..aku kuatkan diri utk terus mengukir senyuman. Hannan masih berdiam dan xnk senyum. Tengku pulak, satu kali pun xnak bgambar dgn aku. dy dok wat hal dy je... dalam hati aku, budak ni xde effect pape agaknya aku nk bla..smpaikan terkeluar ayat "haa..lantak dy stu! xnk sudah!"
wajah2 kesayangan hamba :)
teacher will miss you :(

see? tengku (baju biru) sibuk ngn ipad dy!

aku tulis besar2 kat papan hitam, nickname facebook dan nombor telefon. wahh..berebut anak-anak ni mnyalin. tekun mngalahkan time belajar! siap minx sign lagi..mcm artis pulak nii :p
laiyy...laiyy...hehe....jgn lupa add :p

nampak ?? ketekunan mnyalin nama fb n no tel. ^_^

mula2 okay lgi ni minx sign..
makin lame makin rapat ke papan itam..tersepit..aiyaarrkk  >.<

setelah selesai smua..yg terakhir skali..mereka beratur dan bersalaman dgnku..sedihnyaaaaa .. okay, entry ni mmg bnyak pkataan sedih & tharu. huhu... sebagai tanda ingatan, aku berikan sekeping penanda buku buat mereka.
bookmarks sbg tanda ingatan :)

hadiah dari mereka ^_^

selesai bersalaman mereka pun pulang ke rumah masing..
part 2 akan bersambung kemudian.. :)
thanks for reading ^_^

4 comments:

Anonymous said...

teacher life :)... seronok jadi cikgu.. :D

Unknown said...

Fatin Diyana : seronok sgt. but its just end..huwaaaaa T.T

ciknadrahismail said...

cikgu comel..salam kenal=)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.