CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Saturday 1 September 2012

peluang terakhir

jujur benar aku masih cinta dan sayang kepadanya. mungkin kerana dia yang paling lama berhubungan dengan ku.. kasih sayang yang ditunjukkan, walau sedikit, namun aku bahagia. walaupun kadang kala menyakitkan hati, sehingga pernah buat aku menangis, semua itu kenangan buatku. aku terlalu terleka dek cinta ini sehingga tidak pernah merasa yg hubungan ini akan berakhir. aku selalu berharap. biarlah dia yg terakhir buatku. biarlah dia yang melafaz akad itu. biar lah dia menjadi imam ku suatu hari nanti. aku sudah terlalu jauh dek perasaan ini.


sudah banyak kali hubungan ini terhenti. namun, aku masih berusaha meneruskan cerita cinta kami. walau pahit, aku telan satu per satu. walau hati hancur berkecai, aku masih cintakannya dengan setiap cebisan hati ini. sungguh benar cinta ini bahagia, cinta ini  derita.. hari ini dia datang kembali, menangih cinta yg masih berbaki.

banyak telah aku korbankan. begitu juga dia. namun, apakah akhir jalan cerita cinta ini? aku tidak tahu begitu juga dengannya. aku cuma berharap, suatu hari nanti. kau akan datang, melamar aku menjadi isteri.

0 comments: