CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Friday 28 December 2012

Sista Wedding

Bismillah...
Assalamualaikum...


22/12/2012 telah mencipta satu lagi cerita cinta. Kali ni, kami menyaksikan si adik pula melangkah ke satu lagi alam yg baru, alam perkahwinan. Ramai rakan sebaya yang tak percaya. Adik baru 19 tahun. muda? well~ itulah dinamakan jodoh!

Alhamdulillah..majlis bjalan lancar (mungkin).. majlis sederhana mengharapkan keberkatan dari Nya.
so, jom enjoy the pictures which bring a thousand story ;)

the bride ;)
(xboleh rotate)

adik beradik..

sahabat dri Perak, Melaka & Terengganu.. thanks korang tolong rewang ;))

tarikk bini dyyy!!

time ni sebak gile..bukan aku je nangis... bella, mira ngn ina pun nangis jugekkk

ibu & ayah ^_<

kita rasmikan pelamin dulu ..



tu jee ^_^
sorry kalau ade yg jadi teleng pas baca entry ni..hahaha...

maaf atas kesulitan ;)

Wednesday 31 October 2012

Entry KHAS untuk yg belum di FOLLOW SEMULA

Assalamualaikum wbt

Very BIG SORRY to u all sbb lama dh bell x ber-blogging...bz la.. buat persiapan si adik nk btunang... bz kerja lagi.... fuuhh..hectic sungguh! btw, this special entry is dedicated to followers yg bell x sempat nk follow balik.. jdi, TINGGALKAN LINK BLOG KORANG (di kotak komen) utk Bell follow semula okay! :D
thank you!!


with love,
Bell.

Tuesday 25 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

segmen kedua yg i join... 
Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Nak join? xtau cmne? meh.. klik SINI ^_^


jumlah follower yg cantik & kacak buat masa skarang : 51 org :D


mangsa2 yg kene tag :

DONE ^_^



Friday 21 September 2012

just short entry :)

Assalamualaikum wbt
semalam petang, aku g beli tiket bas nak balik kampung, YAHOOOO!!! xsabar nyeeeee ^_^
lepas tu, saje saje laa jalan kat pantai berdekatan. Pantai Teluk Ketapang... rasenye dekat 3 bulan x g pantai tu..bnyk kenangannya.. so, smalam aku ngn miera snap2 picture laaaa....hehe

on call with tuuuttt..hihi

abang berkuda...sempat pandang lagi tuu!

yeahh!! teacher Amalina here :P

Miera...my roomie :)

budak2 comel main pasir.ouhh,, teringat zaman hingus ku.. ^_^

Akhir pesanan dar ku ::


sekiaaannnn ^_^

Thursday 20 September 2012

TOLOONGG!!

i got problem dgn blog ni... kenapa x boleh reply/leave comment kat entry2 sy..
huwaaaaaarrggghhhh ( TT.TT )

Ade x sesiapa boleh tlong???

saya bukan sombong xmau reply comment2 tu..tapi xboleh.....
terasa diri sengal yg amat sbb xmampu selesaikan..huhu

Part 1 : my last day at SK Manir :(


Rasanya macam baru semalam aku update entry first day kat SK Manir . Hari ni, dgn kegagahan dan ketabahan hati aku nak update pasal last day. ok. mula rase sebak. baru intro je ni..

sampai sekolah seperti biasa.. aku disambut dgn senyuman manis dr anak-anak murid. dlam hati terasa sebak kerana aku tahu, suasana ini yg akan aku rindu. Aku cuba untuk tidak melihatkan diri pada anak2 murid..takut sebak! tpi, apakan daya. masa rehat, aku dikejar dan dipeluk erat oleh anak-anak itu. sedihnya dalam hati hanya tuhan yg mngerti.

"teacher... lupa nk bawa hadiah teacher.."
"teacher...jangan laa g.. ajar la kite lagi.."
"xseronok la teacher xde.."

Ya Allah...berderai air mata. xsangka, kehadiranku juga memberi makna buat mereka. Aku cuba kuatkan hati.. duduk diam dalm bilik guru.. mata tak henti memerhatikan jam menanti waktu terakhir untuk masuk ke kelas 3 Shafie.

*
*
*
loceng berbunyi menandakan tepat jam 12. aku langkahkan kaki naik ke kelas itu. masa tu, ada kak nazma dgn ustaz din dalam class. tpi, mereka dah memanggil2 nama ku. "teacher...jangan pergi teacher..."
aku pekakkan telinga walau hakikatnye aku terlalu sedih.  baru nak langkahkan kaki ke dalam kelas, beberapa pelajar perempuan memelukku dgn begitu erat..

"teacher..janganlah g..kalau teacher g, kite xmboh belajo!"
"kite xnak dtg skolah la teacher dh xde.."
"teacher...teacher...."

terkaku aku dipintu itu.. "dah2! duduk tempat masing..Assalamualaikum.."
salamku dijawab dgn begitu semangat. itulah jawapan salam yg paling kuat dan bersemangat yg mereka berikan. xpernah sebegitu pun sebelum ini. memang sepanjang berada dalam class itu aku berasa sebak..habis memberi salam, Tengku pelajar ptama yg bagi stu beg kecik ade car perfume.. waahhh tharu..budak paling bising ni bg adiah kat teacher..hehe...yg lain pun ble nmpak je Tengku bg hadiah, berebut2 bgi juga..thanks a lot syg for the presents.
*
*
*
*
aku mengarahkan beberapa org pelajar utk susun kek dan beberapa makanan ringan lain diatas meja..selesai menyusun atur semuanya, aku arahkan mereka dduk ditempat masing. aku nak sampaikan kata kata terakhir..
actually ni kek pandan kosong je..but then, i decorated it by MYSELF okayy...hihi

"ok...hari ni hari last teacher jumpa awak.."  duuuuusssssshhhh airmata dengan pantasnya mengalir. aku palingkan muka. mengesat air mata..namun, xmampu aku bendung.
"teacher..janganla nangis..tengok muka kita..."
"ui..diamlaa..teacher nangis" marah kawan sekelas yg bising..
dengan tangisan yg paling jujur, aku gagahkan juga memberikan kata kata terakhir..
"teacher happy dpt ajar awak smua..terima kasih sebb bg kjasama kat teacher..belajar rajin2..jgan gagal dlm pekse..." ayat pendek je..tp nak habiskannye tu ade la dekat 5 minit....bnyak tersekat2 dek air mata..aku nmpak, ade beberapa pelajar yg menangis...

mereka makan apa yg aku sediakan. walaupun serba kekurangan, aku lihat kegembiraan. Alhamdulillah. namun, terpandang aku pada seorang pelajar perempuan, Hannan. wajahnya muram. duduk diam dikerusinya saat rakan lain sibuk makan dan menikmati jamuan akhir itu. aku dekatinya.
"Hannan, kenapa x makan? xsedap ke apa teacher bawa ni.." dia menggelengkan kepala. matanya bergelinang dek air mata.aku usap belakngnya. aku ambil kek dan hulur padanya. dicubit sedikit shj kek itu.
"sikitnya..ambil la smua..".. "xnak."
mungkin dia sedih. xmahu menerima kenyataan aku akan pergi. beberapa kali aku lihat dia keluar dr kelas dan termenung di kaki lima. aku juga mengalirkan air mata melihatnya begitu..
Hanan...paling sedih sekali dia... :(

setengah jam terakhir, aku ambil gambar bersama anak2 kesayangan ini.. Ya Allah..aku kuatkan diri utk terus mengukir senyuman. Hannan masih berdiam dan xnk senyum. Tengku pulak, satu kali pun xnak bgambar dgn aku. dy dok wat hal dy je... dalam hati aku, budak ni xde effect pape agaknya aku nk bla..smpaikan terkeluar ayat "haa..lantak dy stu! xnk sudah!"
wajah2 kesayangan hamba :)
teacher will miss you :(

see? tengku (baju biru) sibuk ngn ipad dy!

aku tulis besar2 kat papan hitam, nickname facebook dan nombor telefon. wahh..berebut anak-anak ni mnyalin. tekun mngalahkan time belajar! siap minx sign lagi..mcm artis pulak nii :p
laiyy...laiyy...hehe....jgn lupa add :p

nampak ?? ketekunan mnyalin nama fb n no tel. ^_^

mula2 okay lgi ni minx sign..
makin lame makin rapat ke papan itam..tersepit..aiyaarrkk  >.<

setelah selesai smua..yg terakhir skali..mereka beratur dan bersalaman dgnku..sedihnyaaaaa .. okay, entry ni mmg bnyak pkataan sedih & tharu. huhu... sebagai tanda ingatan, aku berikan sekeping penanda buku buat mereka.
bookmarks sbg tanda ingatan :)

hadiah dari mereka ^_^

selesai bersalaman mereka pun pulang ke rumah masing..
part 2 akan bersambung kemudian.. :)
thanks for reading ^_^

Wednesday 19 September 2012

Jom tingkatkan followers sampai lebam :D

Assalamualaikum wbt

Ahaaiii....actually this is my FIRST ok first time nk join Segmen2 ni...yelaa...aku ni masih bangang2 anak ayam lagi la dlm hal2 ber-blogging ni... btw, i hope its work :D

Bismillahirrahmanirrahiim...
the SEGMEN entitled "Jom Tingkatkan followers sampai Lebam"

sangat comell laaaa ini banner..... ^_^

Hambooii.... nak tau cmne nk join? Laiiyy!! Laiiyyy!! klik sini yee sayang :)

Jumlah followers sekarang 16 (sedihh betul! =..=') HAHA :D
thanks peeps!

Monday 17 September 2012

hadiah paling berharga (^_^)

Assalamualaikum wbt

Sepanjang tempoh praktikal dan bergelar seorang guru, terlalu banyak kenangan yg terlukis menjadi kan aku sebagai seorang hamba yg mengerti akan indahnya bergelar pendidik. bagiku, setiap yg berlaku mempunyai nilainya tersendiri yg pastinya berharga buat aku jadikan sbg pengajaran dan pengalaman. sekali lagi, hari ini, aku nukil kan satu lagi perkongsian tentang indahnya, manisnya menjadi guru.

Beberapa hari menanda kertas peperiksaan para pelajar tahun 3 Shafie, membuatkan aku stress, kecewa, ada juga yg buat aku ketawa. bermacam2 jawapan diberikan. sepanjang menanda kertas itu, hati aku berdebar2, tertanya tanya... berapa ramai pulak la yg failed kali ni..? ramai ke yg dapat A?

Kenapa aku risau?
sebab AMANAH. Masih terngiang ngiang ditelinga ini..kata kata guru besar dalam mesyuarat guru yg lepas.
"Awak kena pastikan result 3 shafie ni kekal mcm ni sebab ini kelas harapan. dlm mase 3 bulan, cikgu mampu menentukan pencapaian mereka sama ada semakin baik atau semakin teruk."
Aku cuma mengangguk kepala saat itu. dalam hati... terasa dicabar. Dalam mesyuarat itu, aku dimaklumkan bahawa 5 orang pelajar A dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah.

OTI 4 yg lalu, aku dah buktikan dgn 11 orang berjaya mendapat keputusan A utk paper English. tapi, terselit sedikit kekecewaan apabila seorang pelajar gagal. Menurut guru pembimbing, pelajar itu memang kerap gagal, harus diberi perhatian lebih.

sejak itu, aku berikan lebih perhatian kepada Syahir (pelajar gagal)..tak pernah tidak aku lupa memberikan soalan kepadanya. sehingga ade yg berbunyi, "teacher, Syahir sokmo teacher tanya."
beberapa hari sebelum OTI 5, tak jemu aku mengingatkannya..
"Syahir jgan gagal lagi ye.."
"Syahir, please do a lot of revision.."
"Syahir tolong focus pada ini..ini...itu..."
Dia mengangguk seperti biasa. Markah yg lepas cuma 36.. dapat 40 utk OTI 5 pun jadilah harapku.

Selesai menanda..aku jumlahkan semua markah, kertas satu + kertas 2.
Syukur Ya Allah.. ALHAMDULILLAH....
kertas pertama yg aku jumlahkan, kertas Syahir.. aku kira, semak berulang kali. air mata kegembiraan melonjak2 mahu keluar. Syahir, tahniah! terima kasih untuk peningkatan markah awak. teacher harap 40 je..tapi syahir dah bagi teacher 63!!! Ya Allah...indahnya hadiah ini...
satu hal lagi yg buat hati ini berbunga bunga..anak-anak dah buktikan mereka mampu. markah terendah pun 50 dan paling tinggi 96.. Syukur Ya Allah...

Hari ni, beberapa orang pelajar datang dan bertanya tentang markah mereka. aku janjikan kejutan. jadi..aku tipu. "Sedih teacher..20 orang GAGAL. Takde sorang pun dapat A..smpai hati buat teacher macam ni.."
daripada riak muka yg excited nk tahu markah, terus berubah air muka mereka. mungkin terkejut dgn kata kata ku..tak pe.har khamis..ade something utk 3Shafie.

Terima Kasih 3 Shafie. Ini hadiah untuk teacher sebelum teacher habis mengajar kat SK Manir.


Wednesday 12 September 2012

cerita seorang guru:pengalaman hari ini

Assalamualaikum wbt...

seperti hari hari sebelumnya..aku langkahkan kaki memasuki kelas yg telah ditetapkan.. semangat masih ditahap yg baik. belum luntur lagi. sepanjang minggu peperiksaan OTI 5, aku di amanahkan untuk menjaga darjah 2..

entah kenapa, kesabaran hari ini tiba tiba merundum. setelah berkali kali menegur dua org pelajar yg bising, dgn nada suara yg tinggi, ceramah terpacul dr mulut ini. kelas bertukar sepi. hampir naik tangan ke muka pelajar. tpi, msih mampu aku kawal. seperti seorang kakak memarahi adiknya, begitu juga aku. aku cuma risau andai kelas bising, takut mengganggu pelajar tahun 6 yg sedang menduduki UPSR..

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. pelajar kelas bersebelahan berlari lari keluar untuk ke kantin. Pandangan ku teralih kepada seorang pelajar.
"Teacher, Ali nangis..."
"Dah kenapa pulak? Kenapa awak menangis?"
"Ade orang buat makanan kita.." Jawabnye dengan suara yang tidak berapa jelas bercampur tangisan teresak esak. Aku lihat ditangannya. digenggam sebungkus plastik berisi bekal. nasi dan ada bungkusan berkuah. menitik nitik ke lantai.. kasut dan seluarnye terkena kuah tersebut.

"Ada makanan lain tak?" aku risau kalau-kalau itu saja makanannya dan tiada duit yg dibawa.
"takpe..boleh beli."
aku nampak dia genggam RM 1 ditangan.
"dah..awak pergi toilet..bersihkan seluar dgn kasut tu.. pastu g kantin makan ye."
"pastu..makanan ni macam mana?" masih teresak-esak menangis.
"err...buang jelaa..awak beli lain ye.." susah aku nk buat keputusan. dia pun mencampakkan makanan itu kedalam tong sampah. dengan air mata yg masih deras mengalir, dia langkahkan kaki perlahan. aku usap belakangnya utk menenangkan.. air mata aku seakan akan ingin mengalir bersama namun, aku tahankan.
aku cari duit didalam beg. aku masukkan kdalam koceknya, "ambil ni beli makanan ye.."
"takpe teacher. kita ade duit dah.." jawabnya sayu.
"takpe.ambillah... g cuci dulu sluar tu ea.."

kejadian ni mengingatkan aku pada kenanganku ketika waktu kecil dahulu. hati yg lembut ini memang mudah bersimpati..lagi lagi dengan kanak kanak. bukan apa..aku bayangkan andai aku ditempatnya..andai yg menangis itu adik aku..

inilah tugas pendidik. bukan setakat mengajar dan memberi ilmu. hal remeh juga perlu diselesaikan. nampak mudah, tapi untuk menyelami perasaan anak anak kecil ini, bukan kerja mudah. 

Sunday 2 September 2012

bila rusa masuk kampung..?

aku dapat idea n ilham utk buat entry ni selepas menonton satu cerita di layar media ^_^
tentang? kebebasan remaja memacu kehancuran bangsa :) (haambekk..cm tajuk pidato)

bukan pertama kali aku berdepan dgn masalah mcm ni. walaupun dah banyak kali nmpak kawan2 yg berubabah scara drastik bile nmpak dunia, jujur, aku masih merasa gerun. takut melihat perubahan mereka. mengapa begitu mudah, mereka lupa diri? lupakah mereka pada ibu bapa dikampung, yg sedang berhempas pulas tulang empat kerat semata mata untuk menyara hidup si anak lupa diri ni. masyarakat kerap kali menyalahkan rakan sebaya, ibu bapa tiap kali masalah seperti ini dibincangkan..

kenapa ibu bapa?
terlalu mengongkong anak2. tidak boleh keluar ke sana sini.. tak boleh itu. tak boleh ini. semuanya diatur dan ditentukan. jadi, bila si anak ini keluar dr kongkongan ibu bapa misalnya sambung belajar di mana mana IPT, mereka merasa satu kebebasan apabila jauh dri ibu bapa. dari situ, mula lah mereka cuba satu demi satu perkara yg slama ini tak pernah mereka lihat. langkah semakin hari semakin luas. semeter demi semeter, sehasta demi sehasta, sehingga terjebak dengan masalah sosial. kemudian, rakan sebaya pula disalahkan..

kenapa rakan sebaya?
"eh..jom la ikut aku kluar dgan lelaki ni.."
"alaa....x sporting laa kau ni."
"rilex la... ni la idup anak muda"
ajakan dr mereka2 yg sudah lali dengan kebebasan. mungkin juga mereka antara mangsa "kejutan budaya". keberanian untuk mengikut jejak kawan, membuatkan mereka alpa. dari situ, mula la kenal abang tu la..abang ni laa... (yes..i'm focusing to th girls)
"eh..abang ni ade kereta..ade duit...senang kau nanti nk paw dia..kalau nk g mana2 senang dy nk bawa.."
hati pun terdetik..."betul jugak tu....nk g shopping pape, ade org bayar...eh..besst laaa!!"
materialistik merajai dirinya. makin lupa diri. makin seronok dgn dunia bebas ni..pesan dan nasihat kawan lain, xmakan dah.. takde lagi org yg layak bagi nasihat . kenapa? sbb dia rase dirinya sudah begitu betul.

aku sebenarnya hanya menyokong kurang 20% tentang penyalahan terhadap ibu bapa dan rakan sebaya bila kes "kejutan budaya" begini. kerana aku punya pendapat tersendiri.

ibu bapa mengongkong kerana terlalu sayangkan anak anak. mengapa dengan bodohnya anak anak melupakan pengorbanan dan usaha ibu bapa yg cuba melindungi anak anaknya? bukan setakat lupa dan x nampak kasih sayang ibu bapa, malah dilabel kolot pulak. eh.. awak tu yg kolot sebab terperanjat dengan budaya orang.

kawan2 tu disalahkan? eh..salahkan diri sendiri dulu. siapa yg suruh salah pilih kawan? awak ada akal kan? boleh beza baik buruk kan? eh..eh...dah xboleh kot.. sbb mati hati pun dh buta rasanya. kalau x..mesti awak boleh nmpak, kawan ni sosial life dy truk, xboleh nk rapat2 sgt..kang dia heret sama...tpi, sbb bodoh sekali lagi, awak rase mereka la kawan terbaik sbb dh kenalkan dunia kat awak tu.. ish..ish...

pada aku, sepatutnya, diri sendiri yg paling utama perlu disalahkan. kalau mak ayah tak kongkong, tpi kau pilih untuk tak terjebak dgn kebebasan yg memusnahkan tu, kau still terjaga. kalau mak ayah kongkong gila babi punya, tp kau still nak bebas2, nak enjoy2, nk have fun dgn masalah sosial yg tak terbendung tu, kau tetap akan terjebak.. pasal kawan.. kalau kawan kau menghasut kau macam setan bertubi tubi punya hasut, tpi kalau kau tetap pendirian tak nak terjebak dgn masalh sosial, kau still akan terjaga, body kau mungkin still terpelihara.

bukan nk kata apa.. aku pun tahu aku tak sebaik mana. tapi sekurang kurangnya, aku masih pandai jaga diri kat tempat org. walaupun jauh dgn mak ayah, aku still ingat pesan2 dorang. sepanjang aku kat terengganu ni, xpernah la aku nk lepak2 ngn lelaki..tak pernah la aku keluar berdua duan ngn lelaki. aku bukan kolot. tapi aku takut. yes.. aku memang penakut sbb aku sendiri yg menakutkan diri aku. aku lagi bebas bila aku kat Johor. tpi sebebas bebas aku. aku still ingat batas batas.

aku slalu fikir, kalau aku liar kat terengganu ni, pape jadi nanti, x ke susah mak ayah aku kat Johor tu? kalau la aku kena tangkap ngn polis ke apa ke...dy call mak ayah aku yg jauh kat sana sedangkan aku kat sini, ha?? cmne?? eiish... nauzubillah... minta dijauhkan la sangat sangat.

utk anda anda yg mungkin dah tersasar, ingat laa....sanggup ke kau nk hancurkan hati mak ayah kau yg dh besarkan kau, didik kau..? kau duk beriya in love ngn lelaki tu ni, buatnya apa2 jadi (kau tau kot ape dy) time tu lau kau nk menyesal, xde guna dah cik kak oi.. kau menangis laa airmata darah. n mungkin, kawan2 kau pun da xnk amik tau pasal kau sbb time dorang bagi nasihat, kau wat cm siot....

fikir fikirkanlaaaaa yeee.... aku cuma doakan kawan2 aku yg dah tersasar n lupa diri tu, akan dpat hidayah dr Allah..harap2 korang tersedar la awal awal.. :) jangan dah terhantuk baru nk tergadah.
xperlu kau kejar dan banggakan harta dan kekayaan lelaki tu, dia belum tentu menjadi hak kamu. daripada kau sibukkan harta dia, lebaih baik, kau pergi sibukkan diri cari harta sendiri.

Saturday 1 September 2012

well treated.

Dear Dayah, Julia and Fara...aku ade story ni..baca taw!!

Family Z datang Terengganu..dorang smpai semalam.. tujuan? anta abg sedara Z kawin.. umah yg diorang g tu..betul2 dpan u aku ni ha... mse baru2 smpai sini, mak dy call... bcakap2 la ngn aku... yes..mak dy memang sangat peramah and aku anggap cm mak sendri la.. :)

hri ni majlis kawin tu...tgahri td, mak Z call lagi... adik dy ckap mak beriya iya nk jumpa aku.. so.. utk tdak mnghampakan Mak mertua xjadi aku ni...aku pun pergi la jumpa....sesampai je...xjumpa mak dy terus...jumpa adik2 dy dlu...sbb ak benti tepi jalan je..xkan la nk msuk majlis tu dgn jeans n t shirt je kan... dok bual2..tetiba dtg sorang pakcik..hulurkan tangan kat aku..aku pun salam la...dy tanya.. kenal x?
aku selamba jawab. "xkenal pun"..pastu adik Z ckp, tu ayah la kak...akak x pernah jumpa ke mse dtg umah dulu dulu? mana pernah =='

pastu..ayah dy boleh ckp cmni...mcm ni je yg patah balik aritu..ni yg xjdi raya umah ni kan??
adussshhh..malu aku.. Julia, dayah, fara..kita kantoii ngn ayah dy...hahaha... pastu adik dia ckp..ayah, ni la kak ama yg kawan ngn pak itam...
ayah dy wat sesi soal jawab ngn aku...oopss lupa..abang2 n abang2 sdare Z pun ade..siap pinjam kete aku g beli rokok kt 7e bdekatan..ambooii... dorang baik giler layan aku...and aku pun x rase cm org luar...eceehhh :p

"akak tunggu mak jap..mak tengah amik barang kt dlam."
tunggu punya tunggu...
abang dy ajak makan.. "ma..g ar makan.."
wahh..panggil aku cm korang panggil je...haha..tp x g pun
pastu abang sdare dy plak.. "ma, dlm kete ade pen x?"
memang terasa la kemesraan tu..cewaahh :P

pastu aku bawa adik2 perempuan dy jalan2 dlm u aku...
reaction dorang?
"woww...besar nye u kak ama.."
"jauhnye kalau nk jalan kaki.."

seronok jugaklaa dpt tunjuk UniSZA tercinta ni kat dorang..hehe...
pastu aku pun g jumpa mak dy....terpaksa la aku tebalkan muka, dgn berpakaian begitu, masuk ke majlis kawen ni... jumpa mak dy...beriya la mak dy ajak makan...tp aku terpaksa tolak..
sebab? aku malu. and aku rushing nk amik mmber aku kat terminal MBKT...
seblum nk minx diri tu, mak dy hulur duit kat aku..
"alaaa..makcik....wt susah je..."
"xpe2..amik je..dh la raya xdtg..makcik tunggu2.." dusshh..lg skali terkene..HAHA..

so..mohon jangan jeles aku still dpt duit raya dr makcik..hahaha...skg ni..i'm waiting for any call kalau2 dorang minta tolong tunjuk jalan nk round2 tganu tercinta sgt ni haa... hahahaiii... conclusionnya, walaupun aku ngn Z dah xde pape, my ukhuwah with his family are really okay..kalau jdi menantu pun x janggal dah..ahaakkss :p

tp x adil, aku sorang kne mjawab, "knape patah balik aritu?"
adooiii >,<'

peluang terakhir

jujur benar aku masih cinta dan sayang kepadanya. mungkin kerana dia yang paling lama berhubungan dengan ku.. kasih sayang yang ditunjukkan, walau sedikit, namun aku bahagia. walaupun kadang kala menyakitkan hati, sehingga pernah buat aku menangis, semua itu kenangan buatku. aku terlalu terleka dek cinta ini sehingga tidak pernah merasa yg hubungan ini akan berakhir. aku selalu berharap. biarlah dia yg terakhir buatku. biarlah dia yang melafaz akad itu. biar lah dia menjadi imam ku suatu hari nanti. aku sudah terlalu jauh dek perasaan ini.


sudah banyak kali hubungan ini terhenti. namun, aku masih berusaha meneruskan cerita cinta kami. walau pahit, aku telan satu per satu. walau hati hancur berkecai, aku masih cintakannya dengan setiap cebisan hati ini. sungguh benar cinta ini bahagia, cinta ini  derita.. hari ini dia datang kembali, menangih cinta yg masih berbaki.

banyak telah aku korbankan. begitu juga dia. namun, apakah akhir jalan cerita cinta ini? aku tidak tahu begitu juga dengannya. aku cuma berharap, suatu hari nanti. kau akan datang, melamar aku menjadi isteri.

Tuesday 28 August 2012

sesi air mata.

teringat dulu dulu mase sekolah rendah..rajin betul aku g camp. asal skolah announce ade camp, aku r org paling excited sekali nk g.. xkira la time tu sakit ke ape ke. g jugak. mak ayah memang tak boleh nk kata apa.. camp yang aku g ni ade banyak jenis.. haha.. cm kuih raya..

benda yg aku nk cerita ni pasal "sesi air mata".. mesti ade lah selalunya. aku naik muak...
aku story sikit la cmne sesi ni..



smua pelajar, sila tutup mata...tutup....jangan buka selagi tak disuruh...
oke...sekarang, tunduk kepala....mata tutup.....
smua org pun tutup mata... (aku buka la sikit2 nk tgok..haha)
lampu dimatikan...wuuu gelaapp..
tetibe, dengar suara yg bkata...

"kita semua ade ayah...ade ibu...mereka besarkan kita..mak bersusah payah lahirkan kita... mereka hantar kite pergi sekolah...kadang2, mereka marah kita bile kita buat salah..semua tu tanda mereka sayangkan kita...selalu pesan perkara elok elok.. ade masanya, kita selalu bergurau dgn mak ayah kita..apa kita minta semua disediakan..bila tak dapat, kita merajuk..tapi mak ayah akan sedaya upaya pujuk kita... CUBA AWAK BAYANGKAN.... esok, setelah tamatnya camp ini...awak pulang ke rumah.... awak nampak, ramai orang kat halaman rumah..bersongkok haji (p/s: sambil baca, cuba lah bayangkan sekali) muka semua orang nampak muram. bila awak masuk ke dalam rumah..awak tengok, sekujur tubuh, berkain kafan terbaring di hadapan awak. bila awak buka kain yang menutup jenazah tersebut, rupa rupanya...mak awak sudah meninggal dunia... awak panggil panggil mak...maakkk...bangun mak.....maakkkk.....tpi, mak tetap kaku. mak dah tak boleh bersuara. mak dah tak boleh jawab...mak dah tak ade..."

semua orang pun menangis la teresak-esak... aku yg gembeng (kuat nangis) ni, ape lagi....melalak ar sehabis2nya...dalam hati menyesal aku bayangkan..menyesal aku g camp ni..tpi pastu g lagi...jumpa lagi sesi cmni...sedih weii......ade ke dy suruh bayangkan kematian org yg plaing kita sayang...hisshh...memang sedihh laa...

tpi, bile dh selalu sgt kene cmni, aku dh xde perasaan dah nk nangis..airmata pun xnk kuar dh...siap aku boleh hafal lagi ayat dia..haha....

aku rasa cm nak buat la kat students aku....nak tengok macam mana reaksi dorang....timbul x keinsafan tu... tpi, aku takut aku yang nangis dulu sebelum dorang...ahahahaha..teacher terover plak...hee ^^

with no title.


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

* Lirik lagu TUHAN BERI AKU CINTA *



"aku bagi kau masa 3 bulan. aku confrim, kau akan sedar yg idup single ni boring sbelum 3bulan."

mungkin benar kata katanye itu. sekarang aku percaya ayat kau. aku baru sedar, aku sunyi tnapa dia. hari ni, aku baru rasa kehilangan dia. aku seakan dpat merasai, tiada lagi istilah kasih dan sayang dlm hubungan selama ni. smua ilang sekelip mata. mungkin kerana kekurangan diri aku yg xdapat dia terima.

sepatutnya aku sedar. xsmua org boleh terima kekurangan orang lain. blog..kau nk x..aku dh xde tempat nk luahkan smua ni.. aku cerita smua kat sini ye... tpi, aku x ngadu kat ko je..aku ade Allah...pas solat..selalu aku mngadu kat Allah.. kalau boleh, aku pun nk juga rasa bahagia cmne yg kawan2 aku rasa... aku rindu kebahagian yg aku rasa 3tahun lepas..saat aku terima dia.


Monday 27 August 2012

menyakiti tanpa sedari

kita tak sedar. kadang2, diri kita sendiri la punca hati kita disakiti. tak pandai mengawal perasaan. perempuan? hati perempuan memang sgt mudah utk menyayangi. kerana itu lumrah ciptaannya. hati yang begitu mudah lentur, luluh. aku sedar, andai tersilap langkah, hati akan musnah. bagaimana dgn mudahnya, aku boleh suka kepada seseorang? begitu mudah juga aku membenci sesorang. ini soal hati. tiada siapa boleh mengerti. 


"mengadulah pada Allah. itu jalan terbaik."
terima kasih atas nasihat ni. aku tahu, semua yg dtentukan, terbaik untuk aku jdi seorang hamba yg kuat. ini dugaan Allah beri untuk menguji kesabaran dan ketabahan hati aku sebagai insan yg lemah. kadangkala, aku xkuat. mengalir airmata mengenang nasib. tpi, aku tahu, pasti ade lagi yg lebih parah dr ini. mngapa mereka boleh kuat? mgapa tidak aku? 

aku yg silap dlm hal ni. aku terlalu mudah melepaskan hati utk bertamu dihatinya. tpi, hati yg lain bjaya terlebih dlu merajai hatinya. ini bukan salah dia. ini salah aku. begitu bodoh terlena dek perasaan sendiri.
hanya semudah memberikan gurauan, menghantar mesej..hati jdi leka.. betapa goyahnya iman aku.. ASTAGHFIRULLAHALZIIM.. :(

sjak peristiwa bberapa tahun lepas..aku jadi serik nk berkawan dgn lelaki yg dah berpunya.. tak kira la boyfriend ke, tunang ke, atau isteri skalipun. aku takut disalah ertikan. seboleh2nya aku akan jauhkan diri dari dia.. bukan nk emmutuskan silatul rahim, cukuplah sbg kawan biasa tanpa perhubungan telekomunikasi dan lain lain....

aku kena teruskan smua ni.. xboleh terus2 tersungkur..kena bangkit! perjalanan masih jauh.. berbahagia lah dgn kebahagiaan mereka.. doakan yg terbaik sudah cukup buatnya... ubatlah hati dgn zikrullah dan kalamullah..insyaAllah, ada jalan buat aku :D

S.E.M.A.N.G.A.T

bukan mudah untuk aku terus berdiri sbg seorang guru praktikal. ya. aku tahu. sesetengah org memandah rendah pada guru guru praktikal. tapi, tahukah mereka, tanggungjwab guru praktikal hampir sama saja dgn guru-guru tetap..? Pernah ke mereka rasa menjadi guru di sekolah walaupun untuk sehari? berdepan dengan gelagat pelajar yg begitu menguji kesabaran aku sebagai manuis biasa. Alhamdulillah la dpat students yg baik, dengar kata. tapi, ada juga sebaliknya. takkan nk biarkan saja? tidak. aku harus mencari jalan bagaimana utk menarik phatian mereka dalm sesi pembelajaran. ye. berat benar amanah seorang guru. aku akui bukan mudah untuk mendidik. walaupun menjadi seorang GURU memang cita cita aku,tak bermakna aku tak susah. jujur, kadangkala, aku juga tersungkur. payahnya nk bangun semula. tpi, aku tanya semula pada diri. "nak ke dicemuh sekali lgi dgn Guru Besar mcm hari pertama kau ke SK Manir?" TIDAK. aku nak buktikan, tidak semua pelajar TESL bermasalah. tidak semua pelajar TESL xlayak mnjadi guru. kalau betul senior kami silap dan teruk, tak semestinya kami sbg junior mereka begitu juga. bagaimana mentality mereka yg begitu mudah melabel manusia? kadang kadang rasa makin jatuh bila aku lihat hanya aku saja yg beriya-iya nak membuktikan apa yang dikatakan GB itu tidak benar. yg lain? biasa. tiada tindakan. makin diulang kesilapan senior ada la.

aku pujuk sang hati, biar x terus tersungkur. aku bukan pelajar yg selalu naik ke pentas mengambil anugerah dekan. tidak pernah walau sekali. walaupun aku dh berusaha sehabis nya. aku tahu, ini peluang terbaik utk aku dapatkan anugerah dekan tu. aku cuma berusaha. andai bukan rezeki, apakan daya. terima la dgn hati terbuka. selain diri sendiri, ade lagi insan lain yg pernah dan selalu menyuntik semangat dan mengirim doa buat aku. terutama insan bergelar IBU.


Tak lupa barisan Guru dan Pensyarah yang mendoakan dan memberi semangat :)
Terima kasih buat kawan kawan juga..


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*

tinggal 3 minggu saja lagi tempoh praktikal, sekrang, terasa sebak nak tinggalkan sekolah. apa pun, kenyataan hidup perlu terus dihadapi. ^.^

Saturday 25 August 2012

Cerita Raya Part 2

#HARI RAYA KETIGA

Mse raya kedua time aku dgn besties aku...ayah send msg yg bbunyi "esok cancel smua program,kita konvoi g JB"
Padahal aku mmg xde pape plan pun utk raya ketiga tu so i just said ok..
so..raya ketiga, all of my family members except Mak Nor and Ayul g la JB...3 kete je pun...g umah makcik2 dan pkcik2 yg ade kat area Taman Mutiara Rini tu...

bfore g JB, kitorang beraya kat umah Angah n his wife Kak Ila...

Weee ^^

mmmmuuahhhh :*
love u mak :)

Angah n Kak Ila..
(kak ila xsabar nk bawa balik pizza tu :p)

hambekk...baju dgn dinding dh same color..haha


next.. g rumah Abah (Abang kpd Ayah)..

yg botak tu Ayah..yg tgah2 tu laa Abah...yg gelap tu abang (adik bradik sebapa)
yg kecik tu Abang (pdahal dy paling bongsu) yg kt bawah tu Amar..
dua2 muka cm nk amik gmbar pasport..ahakkss!! :P

dodol ni best...

kak ngah dgn si parsi...

pastu g umah Muksu pulak..
kolam ikan kt umah muksu...besar lg ikan tu dr tangan aku..

kete tu... :p


makan pizza kt umah muksu :)
nyummmm ^^

family members :D

setakat ini je cerita raya part 2..nanti smbung part 3 plak...hahaha


Cerita Raya Part 1

Assalamualaikum... Alhamdulillah....selesai dh umat Islam menjalani ibadah berpuasa and just celebratinng Hari Raya, hari kemenangan unutk semua... so, for sure everybody got their own hari raya stories..same goes to me..weee ^.^

come..lets these pictures tell bout my Eid :)

#RAYA HARI PERTAMA


mY sweet little family ^^
Tahun ni lain sikit cerita raya first day... bangun pagi2... siap2 terus g Tanah Perkuburan Islam Pt3, Kampung Api-Api (hambeeekkk...cm nk bg alamat penuh..) bersih2 kan kubur arwah Nenek (Mak kepada Mak aku)..sedekahkan al-fatihah...dah settle smua, balik umah...makan.... malangnya..on first day of Eid..i am not feeling well... so, hari raya pertama aku dipenuhi dgn waktu TIDUR.. mmg xbest gler ar raya raya aku sakit...tengah sedap tidor...petang tu my mak tu (wife no1 ayah) with my adik2 (adik bradik sebapa) bertandang ke rumah aku......so, Mak bg la dorang makan pe smua...

before Ayah balik umah mak Nor (mak tua), kitorang seek for the 4giveness... salam salam...minx maaf... org lain mesti minta maaf pagi pagi pas sembayang raya kan..? aku? petang bru minx maaf.... adat la berkongsi Ayah  :)
dh biasa dh pun pagi raya Ayah xde kat umah..Ayah kat rumah Mak Nor every pagi raya....
its ok for Mak, for me and for my adik adik.. ^.^

ni pulak description utk gmbar kt atas tu....
kitorang amik gmbar ni waktu malam...haha.... aku ngn Adik memaksa Mak, Ayah n Amar icluding Kak Ngah (kakak seibu lain bapa) untuk pakai baju raya masing2...sbb nk photoshoot kononye..hihi... wee :D

#RAYA HARI KEDUA
InsyaAllah, ukhuwah fillah till jannah ^^

My Girl Dayah :D
Ini kewajipan bg aku with ma besties,...raya bersama.. kalau sbelum2 ni...raya ke 4 atau ke 5 baru dpt bkumpul..tpi tahun ni, Raya kedua dh bkumpul dah..sebb start raya ke tiga, masing2 dh ade program masing2... tpi xbrape best sgt sbb ramai yg xde kt kg..jdi, cuma 6 rumah je dpt pergi....
My girl Fara n Julia ^.^
(tudung tu penting...same pulak..haha)


Dari kiri, Julia, Atikah, ME, Fara, Dayah..
si comel nii anak Atikah..Darwish namanye... kemain suka lgi dpt duit raya dr Auntie :D

dpan rumah aku....masing2 mcm tayang beg pulak...HAHA...Yang penting, sweet :P

Darwish Dawani with Auntie Belle ^^

walaupun dlm serba kesederhanaan....we have a very great time together...lots of story to share... riuhnye tetap same sejak sekolah :P

Dayah, Fara n Julia...korang mmg BEST! :D