CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Monday 18 February 2013

jatuh cinta...tak sekufu?

Assalamualaikum wbt.

Jatuh cinta, lumrah setiap manusia. Allah telah menciptakan manusia itu dgn sifat kasih sayang. sedangkan haiwan juga tahu berkasih sayang. Hati perempuan mmg mudah utk mcintai. begitu juga kepada aku dan wanita yg lain.

Cerita mmber aku..

Member aku : A
Lelaki : Z

A kenal dgn sorang lelaki namanya Z. Dorang kenal tru fb je. mula2 Z add. pastu Z send chat. entah macam mana, si A yg jarang2 layan org yg PM dia, tetibe boleh pulak dia reply chat yg Z anta tuu...start dari tu meleret2 laaa si A ngn Z ni berchatting.. Nasib baik laaa A ni single..kalau ade bf, mesti dah jeles dh bf A kalau baca chat2 dy tu.. yelaa..Z tu really2 soft spoken.. lemah lembut je org nye.. sweet2 gtu laa..

nak dijadikan cerita...tak cukup chatting kt fb, sambung pulak ke handphone.. ehem2.. tukar2 no fon laa senang cite nye.. dr situ mula la bgayut tgah2 malam..texting panjang2.. haa..gtu..nk mnunjukkan keakrabannye disitu..

so, seperti kata muqadimah tadi..hati perempuan mmg senang laa nk fall in love. eh? salah ke? maybe korang tak cukup naluri keperempuanan kodd..hihi.. jadi, A ni TERfall in LOVE.. dia rsa dy fall in love ngn si Z bile dia rase cm risau gila kat Z.. dia start care pasal Z... Klau Z x hello, x text A, si A ni cm badmood laa..cm rse something not too good. and timbul pulakk rasa rindu...haa sudah! Ehhh..nanti2.. Adakah mustahil, seseorang itu mencintai seseorg yg tak pernah bersua muka? Hello, we love Rasulullah. as simple as that. i think u have a very good brain to think about it. ^_<

Masalahnye............... A ni mcm menafikan laa perasaan tu..sebab pada dia, dia dgn Z xmungkin never ever la boleh couple2 or get into any relation..sebab? A ni rase dy dgn Z bagaikan bumi dgn ...... Yelaa.. kalau ikut cerita2 Z, dy tu cam org berada laa.. sedangkan si A ni biase2 je.. tu dri sgi harta kekayaan la.. education pun jauh beza.. jdi, si A ni sgtlahh merendah diri.. Jadi, A mmbuat kputusan utk senyapkan je perasaan dy and dlm usaha nk buang terus la perasaan tu. boleh ke???

Jadi...tertariklah aku nk entry kan soal SEKUFU dalam mencari JODOH ni.. Sekufu, al musawah wal muqarab yang bermaksud persamaan atau hampir. maksudnya kalau kita ni nk cari pasangan biar la sekufu.. sekufu dr segi harta kekayaan, ilmu pengetahuan  bahkan sekufu juga dalam ilmu agama. well, manusia mmg sukakan keindahan kan? suka pd yg secocok sepadan. duduk sama rendah bdiri sama tinggi.

tapi, bagi aku la.. kalau dah jodoh, taraf, hrta tu dh tolak tepi la..tapi bab agama tetap kene diutamakan. lagipun, sekufu bukan syarat sah perkahwinan. thats mean u can get marrie, SAH even though u are not sekufu with your couple. Janganlah terlalu beriya2 degn soal sekufu ni smpai melampau2.. ingat pesan Rasulullah, Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

kesimpulannya...jodoh itu ditangan Allah. pasangan yg ditetapkan itu adalah yang terbaik buat hambaNya. kita sebagai hamba, kena la REDHA dan IKHLAS menerimanya.. ^_^

ilalliqa'   (^___^)/

Friday 1 February 2013

Sorry..bukan tak nak.


Assalamualaikum..

Luahan rasa aku, tak dapat aku luahkan semuanya pada mereka yg bergelar sahabat. Bila aku tak dapat luahkan, maka aku tuliskan di blog sebagai cara lain. Dua hari lepas, dorang ajak pergi Kelantan. Jujur aku cakap, aku nak ikut.. aku nak jalan2 mcm dorang.. aku nk tengok tempat orang.

Sedihnya, aku terpaksa tolak. Bukan sebab aku sombong. Bukan sebab aku tak nak berhimpit 4 org kat sit belakang. Tak. Bukan sebab semua tu. Sentap la jugak bila ada yang kata “tak berjalan la kau ni Bell”.
Time tu aku hampir marah. Tapi aku tahan. Dia tak faham. Dia tak tau masalah aku. Bukan salah dia kata mcm tu. Ingat aku taka de ke keinginan nak happy2 dengan kawan2 aku. Tipu kalau tak de. Lagi2 aku memang jenis yang suka berjalan.

Tapi, mak selalu pesan. Jangan ikut sangat rentak orang. Ikut kemampuan kita.

Bape hari sbelum tu, mak mngadu kat aku.. gaji ayah tak keluar lagi. Kat tangan mak, taka de duit langsung. Amar nk pergi sekolah pun taka de duit. Mak makan apa yang ada je. Aku faham keadaannya. Aku pun pernah rasa TIADA. Aku tau ayah pun tak nak macam tu. Dia lagi banyak tanggungan.

Bayangkan perasaan aku sebagai anak,sebagai kakak.  Kalau aku pergi Kelantan, belum tentu aku rasa seronok. Sebab aku bayangkan macam mana mak dengan amar kat kampung. Aku seronok2, happy2 mnghabiskan duit sedangkan mak ngn amar kat kampung makan apa yang ada je.

Jujur. Aku pun rasa bersalah kat kawan2 aku. Terpaksa menolak. Tapi, tak apa lah. Aku ada atau tak, sama je. Tak mengubah apa pun. And aku happy tengok kawan2 aku happy. Aku tak nak cerita masalah aku kat dorang. Sebab aku tak nak libatkan dorang dalam masalah aku. Biarlah dorang seronok2. Aku tak nak jadi nila yang merosakkan sebelanga susu.

Aku harap kawan2 aku tak salah faham. Aku tahu, kawan2 aku bukan jenis yang mudah menghukum.

Sekian.