CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Monday, 18 February 2013

jatuh cinta...tak sekufu?

Assalamualaikum wbt.

Jatuh cinta, lumrah setiap manusia. Allah telah menciptakan manusia itu dgn sifat kasih sayang. sedangkan haiwan juga tahu berkasih sayang. Hati perempuan mmg mudah utk mcintai. begitu juga kepada aku dan wanita yg lain.

Cerita mmber aku..

Member aku : A
Lelaki : Z

A kenal dgn sorang lelaki namanya Z. Dorang kenal tru fb je. mula2 Z add. pastu Z send chat. entah macam mana, si A yg jarang2 layan org yg PM dia, tetibe boleh pulak dia reply chat yg Z anta tuu...start dari tu meleret2 laaa si A ngn Z ni berchatting.. Nasib baik laaa A ni single..kalau ade bf, mesti dah jeles dh bf A kalau baca chat2 dy tu.. yelaa..Z tu really2 soft spoken.. lemah lembut je org nye.. sweet2 gtu laa..

nak dijadikan cerita...tak cukup chatting kt fb, sambung pulak ke handphone.. ehem2.. tukar2 no fon laa senang cite nye.. dr situ mula la bgayut tgah2 malam..texting panjang2.. haa..gtu..nk mnunjukkan keakrabannye disitu..

so, seperti kata muqadimah tadi..hati perempuan mmg senang laa nk fall in love. eh? salah ke? maybe korang tak cukup naluri keperempuanan kodd..hihi.. jadi, A ni TERfall in LOVE.. dia rsa dy fall in love ngn si Z bile dia rase cm risau gila kat Z.. dia start care pasal Z... Klau Z x hello, x text A, si A ni cm badmood laa..cm rse something not too good. and timbul pulakk rasa rindu...haa sudah! Ehhh..nanti2.. Adakah mustahil, seseorang itu mencintai seseorg yg tak pernah bersua muka? Hello, we love Rasulullah. as simple as that. i think u have a very good brain to think about it. ^_<

Masalahnye............... A ni mcm menafikan laa perasaan tu..sebab pada dia, dia dgn Z xmungkin never ever la boleh couple2 or get into any relation..sebab? A ni rase dy dgn Z bagaikan bumi dgn ...... Yelaa.. kalau ikut cerita2 Z, dy tu cam org berada laa.. sedangkan si A ni biase2 je.. tu dri sgi harta kekayaan la.. education pun jauh beza.. jdi, si A ni sgtlahh merendah diri.. Jadi, A mmbuat kputusan utk senyapkan je perasaan dy and dlm usaha nk buang terus la perasaan tu. boleh ke???

Jadi...tertariklah aku nk entry kan soal SEKUFU dalam mencari JODOH ni.. Sekufu, al musawah wal muqarab yang bermaksud persamaan atau hampir. maksudnya kalau kita ni nk cari pasangan biar la sekufu.. sekufu dr segi harta kekayaan, ilmu pengetahuan  bahkan sekufu juga dalam ilmu agama. well, manusia mmg sukakan keindahan kan? suka pd yg secocok sepadan. duduk sama rendah bdiri sama tinggi.

tapi, bagi aku la.. kalau dah jodoh, taraf, hrta tu dh tolak tepi la..tapi bab agama tetap kene diutamakan. lagipun, sekufu bukan syarat sah perkahwinan. thats mean u can get marrie, SAH even though u are not sekufu with your couple. Janganlah terlalu beriya2 degn soal sekufu ni smpai melampau2.. ingat pesan Rasulullah, Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

kesimpulannya...jodoh itu ditangan Allah. pasangan yg ditetapkan itu adalah yang terbaik buat hambaNya. kita sebagai hamba, kena la REDHA dan IKHLAS menerimanya.. ^_^

ilalliqa'   (^___^)/

Friday, 1 February 2013

Sorry..bukan tak nak.


Assalamualaikum..

Luahan rasa aku, tak dapat aku luahkan semuanya pada mereka yg bergelar sahabat. Bila aku tak dapat luahkan, maka aku tuliskan di blog sebagai cara lain. Dua hari lepas, dorang ajak pergi Kelantan. Jujur aku cakap, aku nak ikut.. aku nak jalan2 mcm dorang.. aku nk tengok tempat orang.

Sedihnya, aku terpaksa tolak. Bukan sebab aku sombong. Bukan sebab aku tak nak berhimpit 4 org kat sit belakang. Tak. Bukan sebab semua tu. Sentap la jugak bila ada yang kata “tak berjalan la kau ni Bell”.
Time tu aku hampir marah. Tapi aku tahan. Dia tak faham. Dia tak tau masalah aku. Bukan salah dia kata mcm tu. Ingat aku taka de ke keinginan nak happy2 dengan kawan2 aku. Tipu kalau tak de. Lagi2 aku memang jenis yang suka berjalan.

Tapi, mak selalu pesan. Jangan ikut sangat rentak orang. Ikut kemampuan kita.

Bape hari sbelum tu, mak mngadu kat aku.. gaji ayah tak keluar lagi. Kat tangan mak, taka de duit langsung. Amar nk pergi sekolah pun taka de duit. Mak makan apa yang ada je. Aku faham keadaannya. Aku pun pernah rasa TIADA. Aku tau ayah pun tak nak macam tu. Dia lagi banyak tanggungan.

Bayangkan perasaan aku sebagai anak,sebagai kakak.  Kalau aku pergi Kelantan, belum tentu aku rasa seronok. Sebab aku bayangkan macam mana mak dengan amar kat kampung. Aku seronok2, happy2 mnghabiskan duit sedangkan mak ngn amar kat kampung makan apa yang ada je.

Jujur. Aku pun rasa bersalah kat kawan2 aku. Terpaksa menolak. Tapi, tak apa lah. Aku ada atau tak, sama je. Tak mengubah apa pun. And aku happy tengok kawan2 aku happy. Aku tak nak cerita masalah aku kat dorang. Sebab aku tak nak libatkan dorang dalam masalah aku. Biarlah dorang seronok2. Aku tak nak jadi nila yang merosakkan sebelanga susu.

Aku harap kawan2 aku tak salah faham. Aku tahu, kawan2 aku bukan jenis yang mudah menghukum.

Sekian.

Thursday, 24 January 2013

Hawa diciptakan saat Adam lena..

‎"Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur"

Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.




Doaku ; Ya Allah, jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu :)

Tuesday, 22 January 2013

siapa lebih penting..?


Andai engkau bertanya pada aku..siapa yang lebih penting? Pentingkah engkau kepada aku? Jujur. Aku katakan TIDAK. Kenapa?

Kerana…..

Yang melahirkan aku bukan engkau tapi mak…

Yang membesarkan aku bukan engkau tapi ayah…

Yang melayan kerenah aku dari kecil bukan engkau tapi adik beradik aku…

Yang menangis bila aku sakit bukan engkau tapi mak…

Yang mendisiplinkan aku bukan engkau tapi ayah…

Yang selalu ada di sisi aku hampir setiap waktu bukan engkau tapi keluarga aku…

Jadi..maaf. mereka lebih PENTING, jauh lebih PENTING dari engkau..

Thursday, 17 January 2013

sharing moment

so mata tak boleh nk tutup walaupun dh pukul 1 pagi.. sejak memasuki fasa umur 20 an ni, selalu sgt la kan aku tdo lambat..kalau tak, waktu tdo aku ngn budak sekolah xde bexa pun. tepat pukul sepuluh dh ade bawah selimut dah.. ouhh,..sungguh tak remaja! kata one of my friend la.

bukan nk cite pasal tido actually.. petang tadi........all TESLians had a program called "SHARING MOMENT"..so..along the program we sharing sharing la... sharing is caring katakaaann... ^_^

so, i am of the selected senior (katanya Mdm Sally yg pilih) yg perlu berdiri dihadapan junior2 sekalian dan memberikan tips/ideas/experiences sepanjang kami (kakak2 & abg2 senior) menjalani teaching practicum... aku malas la nak cite pasal org lain punya part... sikitt la aku cite, ade yg kene explain pasal management of the class..interesting activities in classroom...and blaa blaa blaa...

so, my part was talking about Audio Visual Aids (AVA) atau melayu nya, Alat Bantuan Mengajar.. apa yg aku cerita pasal benda ni..?? aku share laa pasal one of the best AVA aku (*perasan disitu)..haha... pada aku tu yg the best la..kat org lain tu dy punya pasal...

AVA aku adalah gambar pokok kelapa atas ketas majong (*dont know the right spelling :p )...AVA ni aku guna time mengajar students year 3, topic Amazing Plant..so,the plant is amazing because it can produce a lots of things from all of its part. amazing kann?? hihi... so... this is my AVA :

EH....ehh....bukan GAJAH tu..tapi POKOK KELAPA.. mohon focus pada POKOK KELAPA shj ye.. haha...memula tu, aku kata la "boring okay kalau AVA mcm ni je...kalau korang nk tunjuk gmbar mcm ni, lebih baik korang bawa je students tpacak dpan pokok kelapa..so..to make it more interesting (interesting sgt laa kan)... buatlaa mcm ni....

 
Ha…lukiskan mata dan mulut camtu..so, Nampak la cm menarik..students pon cm tersengih2 laa tengok pokok tu senyum kat dorang an…pastu….. dh tajuk pon amazing plant…why not your AVA is amazing too? So… how to make it more interesting…? I put the element of surprise!! Nmpak x mcm xde pape jee kat pokok kelapa tu…tapi hakikatnye…. Kat batang pokok tu ade pocket! Ha..surprise kan..? bukan kat batang je, kat buah kelapa tu, kat daunt u pun ade pocket rahsia…haa…dalam poket tu…ade product yg dihasilkan oleh part of the tree..

Contohnya :
Pocket dr batang pokok tu.. kita boleh guna batang pokok kelapa utk dijadikan kerusi… so, aku pun selok laa pocket tu..dan mngeluarkan satu keeping gambar,iaitu gmbar kerusi….so..nmpak tak element surprise kat situ.. I’m sure that the students akan tertanya tanya, apa ek ade dlam pocket tu lagi…
OK...muka minta penyepak kat situ...tak boleh blaa muka kau bell! :p

So…aku pun takut la jugak cm syok sendiri kan kat depan tu..jadi aku mngajukan satu soalan..

“Kak Bell rase, korang pun tak tahu kan pokok ni ade pocket kalau Kak Bell tak bagitahu?”

Mereka mnjawab beramai ramai dan mngingatkan aku pada sessi PnP disekolah..hehe..

“Ha’ah..tak tahu…”

So…yess!! Bhasil lah surprise aku tu maknanya..
Ok.dh penat type..

Jadi…aku bersyukur menjadi insan terpilih untuk berkongsi sedikit tips dan idea untuk persediaan AVA.. aku tidaklah punya banyak ilmu..tidak lah sempurna..namun, aku cuba sedaya upaya membantu adik2.. tak hilang pun ilmu yg aku kongsikan..bahkan, andai kata mereka guna ilmu yg aku bagi, aku bersyukur ilmu itu berterusan dan berpanjangan… aku harap satu hari nanti, mereka juga akan berkongsi perkara yg sama dgn junior yg lain… mungkin idea yg lebih menarik.. sekian…

Nampak? bajet cm lecturer je.... :p


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
LAIN KALI BACA LAGI… ^_<

Yang buruk itu datang dari kita, yang baik itu dariNya....

Friday, 28 December 2012

Sista Wedding

Bismillah...
Assalamualaikum...


22/12/2012 telah mencipta satu lagi cerita cinta. Kali ni, kami menyaksikan si adik pula melangkah ke satu lagi alam yg baru, alam perkahwinan. Ramai rakan sebaya yang tak percaya. Adik baru 19 tahun. muda? well~ itulah dinamakan jodoh!

Alhamdulillah..majlis bjalan lancar (mungkin).. majlis sederhana mengharapkan keberkatan dari Nya.
so, jom enjoy the pictures which bring a thousand story ;)

the bride ;)
(xboleh rotate)

adik beradik..

sahabat dri Perak, Melaka & Terengganu.. thanks korang tolong rewang ;))

tarikk bini dyyy!!

time ni sebak gile..bukan aku je nangis... bella, mira ngn ina pun nangis jugekkk

ibu & ayah ^_<

kita rasmikan pelamin dulu ..



tu jee ^_^
sorry kalau ade yg jadi teleng pas baca entry ni..hahaha...

maaf atas kesulitan ;)

Wednesday, 31 October 2012

Entry KHAS untuk yg belum di FOLLOW SEMULA

Assalamualaikum wbt

Very BIG SORRY to u all sbb lama dh bell x ber-blogging...bz la.. buat persiapan si adik nk btunang... bz kerja lagi.... fuuhh..hectic sungguh! btw, this special entry is dedicated to followers yg bell x sempat nk follow balik.. jdi, TINGGALKAN LINK BLOG KORANG (di kotak komen) utk Bell follow semula okay! :D
thank you!!


with love,
Bell.