CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Wednesday 12 September 2012

cerita seorang guru:pengalaman hari ini

Assalamualaikum wbt...

seperti hari hari sebelumnya..aku langkahkan kaki memasuki kelas yg telah ditetapkan.. semangat masih ditahap yg baik. belum luntur lagi. sepanjang minggu peperiksaan OTI 5, aku di amanahkan untuk menjaga darjah 2..

entah kenapa, kesabaran hari ini tiba tiba merundum. setelah berkali kali menegur dua org pelajar yg bising, dgn nada suara yg tinggi, ceramah terpacul dr mulut ini. kelas bertukar sepi. hampir naik tangan ke muka pelajar. tpi, msih mampu aku kawal. seperti seorang kakak memarahi adiknya, begitu juga aku. aku cuma risau andai kelas bising, takut mengganggu pelajar tahun 6 yg sedang menduduki UPSR..

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. pelajar kelas bersebelahan berlari lari keluar untuk ke kantin. Pandangan ku teralih kepada seorang pelajar.
"Teacher, Ali nangis..."
"Dah kenapa pulak? Kenapa awak menangis?"
"Ade orang buat makanan kita.." Jawabnye dengan suara yang tidak berapa jelas bercampur tangisan teresak esak. Aku lihat ditangannya. digenggam sebungkus plastik berisi bekal. nasi dan ada bungkusan berkuah. menitik nitik ke lantai.. kasut dan seluarnye terkena kuah tersebut.

"Ada makanan lain tak?" aku risau kalau-kalau itu saja makanannya dan tiada duit yg dibawa.
"takpe..boleh beli."
aku nampak dia genggam RM 1 ditangan.
"dah..awak pergi toilet..bersihkan seluar dgn kasut tu.. pastu g kantin makan ye."
"pastu..makanan ni macam mana?" masih teresak-esak menangis.
"err...buang jelaa..awak beli lain ye.." susah aku nk buat keputusan. dia pun mencampakkan makanan itu kedalam tong sampah. dengan air mata yg masih deras mengalir, dia langkahkan kaki perlahan. aku usap belakangnya utk menenangkan.. air mata aku seakan akan ingin mengalir bersama namun, aku tahankan.
aku cari duit didalam beg. aku masukkan kdalam koceknya, "ambil ni beli makanan ye.."
"takpe teacher. kita ade duit dah.." jawabnya sayu.
"takpe.ambillah... g cuci dulu sluar tu ea.."

kejadian ni mengingatkan aku pada kenanganku ketika waktu kecil dahulu. hati yg lembut ini memang mudah bersimpati..lagi lagi dengan kanak kanak. bukan apa..aku bayangkan andai aku ditempatnya..andai yg menangis itu adik aku..

inilah tugas pendidik. bukan setakat mengajar dan memberi ilmu. hal remeh juga perlu diselesaikan. nampak mudah, tapi untuk menyelami perasaan anak anak kecil ini, bukan kerja mudah. 

0 comments: