CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

indah ciptaannya..

indah ciptaannya..
Pantai Pandak, Cendering.

my dear honey...

Friday, 1 February 2013

Sorry..bukan tak nak.


Assalamualaikum..

Luahan rasa aku, tak dapat aku luahkan semuanya pada mereka yg bergelar sahabat. Bila aku tak dapat luahkan, maka aku tuliskan di blog sebagai cara lain. Dua hari lepas, dorang ajak pergi Kelantan. Jujur aku cakap, aku nak ikut.. aku nak jalan2 mcm dorang.. aku nk tengok tempat orang.

Sedihnya, aku terpaksa tolak. Bukan sebab aku sombong. Bukan sebab aku tak nak berhimpit 4 org kat sit belakang. Tak. Bukan sebab semua tu. Sentap la jugak bila ada yang kata “tak berjalan la kau ni Bell”.
Time tu aku hampir marah. Tapi aku tahan. Dia tak faham. Dia tak tau masalah aku. Bukan salah dia kata mcm tu. Ingat aku taka de ke keinginan nak happy2 dengan kawan2 aku. Tipu kalau tak de. Lagi2 aku memang jenis yang suka berjalan.

Tapi, mak selalu pesan. Jangan ikut sangat rentak orang. Ikut kemampuan kita.

Bape hari sbelum tu, mak mngadu kat aku.. gaji ayah tak keluar lagi. Kat tangan mak, taka de duit langsung. Amar nk pergi sekolah pun taka de duit. Mak makan apa yang ada je. Aku faham keadaannya. Aku pun pernah rasa TIADA. Aku tau ayah pun tak nak macam tu. Dia lagi banyak tanggungan.

Bayangkan perasaan aku sebagai anak,sebagai kakak.  Kalau aku pergi Kelantan, belum tentu aku rasa seronok. Sebab aku bayangkan macam mana mak dengan amar kat kampung. Aku seronok2, happy2 mnghabiskan duit sedangkan mak ngn amar kat kampung makan apa yang ada je.

Jujur. Aku pun rasa bersalah kat kawan2 aku. Terpaksa menolak. Tapi, tak apa lah. Aku ada atau tak, sama je. Tak mengubah apa pun. And aku happy tengok kawan2 aku happy. Aku tak nak cerita masalah aku kat dorang. Sebab aku tak nak libatkan dorang dalam masalah aku. Biarlah dorang seronok2. Aku tak nak jadi nila yang merosakkan sebelanga susu.

Aku harap kawan2 aku tak salah faham. Aku tahu, kawan2 aku bukan jenis yang mudah menghukum.

Sekian.

2 comments:

Nurul Aini said...

Tak apa..biarkan je mereka..kita tahu apa yang kita buat. Kita yang rasa, kita yang lalui. Saya faham perasaan awak. Biarkan je mereka ye. Allah Maha Mengetahui. Jangan sedih2 ye. ^___^

Amalina Nabilah said...

Tq Nurul Ain... cuma tak nak mereka salah sangka. thats all :)